awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital

Bernama
Bernama
27/10/2024
20:15 MYT
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Gobind berucap pada majlis Sambutan Perayaan Deepavali Bersama Pertubuhan Media Tamil Malaysia di Kuala Lumpur semalam. - Foto Facebook Gobind
KUALA LUMPUR: Kementerian Digital menjemput pengamal media untuk bekerjasama dalam mencari jalan terbaik bagi mendepani era teknologi terkini susulan perubahan landskap media yang seiring dengan arus perkembangan dunia digital.
Menteri berkenaan Gobind Singh Deo berkata ia sejajar dengan kenyataan Presiden Institut Akhbar Malaysia Datuk Yong Soo Heong bahawa kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman kerana kemahiran seorang wartawan masih diperlukan terutama dari segi memberi sentuhan kemanusiaan dan pemerhatian terhadap situasi sebenar.
"Seiring dengan maksud perayaan Deepavali yang melambangkan kejayaan kebaikan (cahaya) mengatasi kejahatan (kegelapan), saya optimis bahawa industri media di negara ini akan sentiasa memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat kita.
"Kehadiran pelbagai teknologi baharu ini hanya bakal melonjakkan martabat mereka ke tahap yang lebih tinggi," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.
Terdahulu, Gobind hadir pada majlis Sambutan Perayaan Deepavali Bersama Pertubuhan Media Tamil Malaysia di sini.
Turut hadir Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Presiden Pertubuhan Media Tamil Malaysia S. Muthameez Manan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AI
#Gobind Singh Deo
#pengamal media
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan