awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengamal media Ops Daulat terima Pingat Kedaulatan Negara

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/08/2013
14:36 MYT
Pengamal media Ops Daulat terima Pingat Kedaulatan Negara
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 227 pengamal media yang membuat liputan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.
Ia bagi menghargai pengorbanan pengamal media yang membuat liputan semasa Ops Daulat kerana mereka turut terdedah kepada risiko yang tinggi.
Majlis penganugerahan itu diadakan sempena majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Penerangan dan Jabatan Perdana Menteri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.
Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Turut hadir ialah Ketua Pengarang Eksekutif Astro AWANI Suhaimi Sulaiman dan Editor Eksekutif Kamarol Bahrin Haron.
Manakala wartawan dan jurukamera Astro AWANI yang menerima pingat berkenaan ialah Wan Syamsul Amly Wan Seadey, Abdul Hakim Ab Rahman, Ahmad Amir Ariffin dan Hairul Wildan Haroun Al Rashid.
Najib dalam ucapannya berkata antara faktor penting dalam usaha memerangi ancaman adalah penyaluran maklumat yang tepat dan sahih oleh media.
"Kalau kita nak berjaya kalau kita nak menumpaskan sebarang bentuk ancaman termasuk ancaman dari luar kita jangan lupa bahawa satu daripada faktor yang amat penting adalah sokongan rakyat kepada usaha membanteras bentuk ancaman pada masa hadapan,” katanya.
Mengambil contoh Perang Vietnam, jelasnya walaupun Amerika Syarikat mempunyai teknologi baru tetapi tidak mendapat sokongan rakyat, mereka kalah dalam perang tersebut.
Jelasnya rakyat Malaysia perlu bersatu dalam menghadapi sebarang ancaman dalam dan luar negara.
Tambahnya laporan berita menerusi pelbagai saluran media mengenai insiden itu telah berjaya menyatupadukan dan membangkitkan semangat nasionalisme.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Lahad Datu
#Ops Daulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan