Pejabat Menteri Besar Selangor menganggap kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH) sebagai satu dakyah.
Dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Politik MB Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini, katanya kos sebenar masih lagi dinilai dan belum dimuktamadkan lagi.
"Saya tidak jelas daripada mana angka RM4.28 bilion kos pengambilalihan SPLASH itu diperoleh mantan Menteri Besar. Perlu ditegaskan, andaian peribadinya tidak terpakai dalam kira kira ini.
"Saya hairan dengan kesungguhan dan sikap 'beriya-iya' Tan Sri Abdul Khalid dan bekas setiausaha politiknya 'menyerang' akan proses pengambilalihan SPLASH dengan menimbulkan pelbagai spekulasi, menyebarkan pembohongan yang telah menimbulkan prasangka tidak berasas dalam kalangan rakyat Selangor," katanya.
Beliau menyeru Khalid agar menghentikan dakyah tersebut, susulan kenyataan yang dibuat di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada pemberita mengenai isu ini.
“Dakyah ini wajar dihentikan. Adalah disarankan agar Yang Berhormat Pelabuhan Klang dapat bersungguh-sungguh juga untuk hadir ke persidangan Dewan Negeri. Itu adalah lebih bagus dari menegakkan benang basah di luar dewan,” kata Shuhaimi.
Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui surat bertarikh 17 Oktober 2016 antara lainnya bersetuju supaya pihak penilai bebas antarabangsa dilantik bagi menilai dan mencadangkan nilai pengambilalihan SPLASH yang adil.
Tambahnya, KeTTHA mencadangkan lanjutan selama enam bulan lagi untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian berkaitan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor.
“Kerajaan negeri Selangor menghormati keputusan Kerajaan Persekutuan selagi mana keputusan tersebut tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip ketelusan dan akauntabiliti serta mengambil kira nilai yang adil kepada semua pihak,” tambahnya.
Astro Awani
Fri Nov 11 2016
Kerajaan Selangor masih belum memuktamadkan kos sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH).
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
SOP tangani COVID-19 untuk kebaikan semua - Mufti Kelantan
Beliau berharap masyarakat tidak termakan dengan dakyah-dakyah pihak tertentu termasuk berkaitan SOP PKP dan suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Audio tular: Zahid Hamidi seru ahli UMNO gerakkan media sosial
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO supaya menggerakkan media sosial mereka untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang bertujuan melemahkan parti.
Rakyat Sabah diseru tidak terpengaruh dakyah pembangkang - Salleh
Masyarakat di negeri Sabah diseru agar tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba menghasut untuk merosakkan keharmonian dan kestabilan politik di negeri ini.
Pengambilalihan SPLASH: Dakwaan Khalid Ibrahim satu dakyah - Pejabat MB Selangor
Kerajaan Selangor masih belum memuktamadkan kos sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH).
Anggota UMNO jangan leka layan dakyah tentang komplot gulingkan kerajaan - Razali
Anggota UMNO digesa agar tidak leka melayan dan percaya dengan dakyah kononnya 20 anggota BN terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan.