PUTRAJAYA: Sebanyak 372 jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred 29 akan dibuat pengambilan secara kontrak tahun ini khusus untuk perkhidmatan berkaitan kanak-kanak, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
"Langkah ini merupakan usaha KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memastikan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan optimum," menurut kenyataan kementerian itu, pada Selasa.
Menurut KPWKM, seramai 120 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 kontrak telah melapor diri di JKM dan bertugas sebagai Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak.
Pegawai lantikan baharu itu telah diberikan taklimat dan pengenalan di peringkat Ibu Pejabat JKM serta Pejabat Kebajikan Negeri masing-masing dan akan mengikuti Kursus Pengukuhan dan Pengendalian Kes Pemeliharaan, Perlindungan dan Pemulihan Kanak-Kanak bagi Pelindung dan Pegawai Akhlak, menurut kenyataan tersebut.
Tujuan kursus tersebut adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam berhubung Akta Kanak-Kanak 2001 dan peranan untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada penganiayaan, penderaan dan pengabaian.
KPWKM memaklumkan JKM telah menyediakan pelan latihan khusus kepada Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak untuk tahun ini bagi memantapkan lagi kemahiran serta pengetahuan pegawai dalam memberikan perlindungan serta perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar kanak-kanak berdasarkan akta serta peraturan.
Sejumlah 22 kursus akan dilaksanakan pada 2023 khusus kepada pegawai yang melaksanakan perkhidmatan berkaitan kanak-kanak, katanya.
KPWKM melalui JKM juga sudah menambahbaik garis panduan dan peraturan sedia ada untuk memastikan Pegawai Pelindung serta Pegawai Akhlak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh JKM, menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Seramai 120 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 kontrak telah melapor diri di JKM dan bertugas sebagai Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak.

Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Sultan Johor titah cadangkan tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus
Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village.

Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.

Pentingkan keselamatan makanan di bulan Ramadan
Dalam usaha memastikan kebersihan makanan yang disediakan di Bazar Ramadan, KKM sentiasa menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pemeriksaan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Kempen 'Perhati dan Pilih' untuk pengunjung Bazar Ramadan
'Sama-sama Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan" merupakan slogan KKM bagi memastikan pengunjung Bazar Ramadan menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan pengendali makanan yang menjual juadah berbuka puasa.

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan KPWKM.

KPWKM ambil tindakan tegas sekat laman web pornografi
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bertindak tegas menyekat laman sesawang pornografi secara menyeluruh dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

KPWKM: MyKasih Kapital bantu 14,770 wanita tingkatkan pendapatan
Program Wanita [email protected] MyKasih Kapital berjaya membantu 14,770 wanita meningkatkan pendapatan mereka, sejak Januari tahun ini.

Akta Antigangguan Seksual: KPWKM rangka peraturan, bangunkan tribunal - Nancy Shukri
KPWKM akan merangka peraturan dan membangunkan satu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) pada tahun ini.

Belanjawan 2023: Peruntukan KPWKM dijangka meningkat - Nancy
Peningkatan peruntukan itu berikutan perancangan kementerian untuk menubuhkan data berpusat JKM dan jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak.

Pengambilan 372 jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat tahun ini
Sebanyak 372 jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred 29 akan dibuat pengambilan secara kontrak tahun ini khusus untuk perkhidmatan berkaitan kanak-kanak.

KPWKM perbanyak usaha perkasa wanita dalam tenaga buruh, kesaksamaan jantina
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperbanyakkan usaha bagi menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam pasaran kerja.

KPWKM peruntuk RM500,000 bantu mangsa banjir di Terengganu, Kelantan
KPWKM meluluskan Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 bagi membiayai keperluan segera serta bantuan kepada mangsa terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

KPWKM beri bantuan tuala wanita secara bersasar - Nancy
Pemberian tuala wanita perlu dilakukan secara bersasar dengan bantuan diberikan kepada Orang Asli, B40 dan golongan tidak berkemampuan.

KPWKM: Fokus perkasa penglibatan wanita dalam politik - Aiman Athira
Pemerkasaan penglibatan wanita dalam bidang politik antara yang akan diberi keutamaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).