awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIM Box, kad SIM disalah guna untuk tujuan jenayah, penipuan - MCMC
Banci Ekonomi 2026: Memacu struktur dan prestasi ekonomi negara
Zabariah Mohd Yusof dilantik ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilan pekerja asing perlu penuhi syarat ditetapkan - Mahfuz

Bernama
Bernama
15/02/2020
13:23 MYT
Pengambilan pekerja asing perlu penuhi syarat ditetapkan - Mahfuz
MAHFUZ: Kilang yang mengeluarkan penutup hidung dan mulut di negara ini perlu menunjukkan bukti bahawa mereka benar-benar mempunyai keperluan terhadap pekerja asing. - Bernama
Kementerian Sumber Manusia sentiasa terbuka dengan permohonan pengambilan pekerja asing sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata pihak kementerian itu tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan dalam pengambilan pekerja asing.
"Dalam hubungan ini, kilang yang mengeluarkan penutup hidung dan mulut di negara ini perlu menunjukkan bukti bahawa mereka benar-benar mempunyai keperluan terhadap pekerja asing di kilang mereka bagi tujuan meningkatkan penghasilan.
"Memang kerajaan memberikan kelonggaran pengambilan lebih ramai pekerja asing di kilang yang mengeluarkan penutup hidung dan mulut di negara ini tetapi mereka perlu juga membuat permohonan mengikut prosedur melalui kementerian kami dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di mana akhirnya kelulusan permit itu ialah daripada KDN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ketiga Persekutuan Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) (FeMAC) - Zon Tengah 2020 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia di sini pada Sabtu.
Turut hadir Presiden FeMAC P.Sailanathan.
Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam bahawa kerajaan memberi kelonggaran terhadap pengambilan lebih ramai pekerja asing di kilang penutup hidung dan mulut bagi meningkatkan penghasilan dalam usaha memenuhi permintaan bekalan susulan penularan novel koronavirus 2019, atau COVID-19.
Wan Azizah berkata hasil perbincangan pengilang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini mendapati penambahan pekerja asing secara tidak langsung membolehkan kilang terbabit beroperasi 24 jam.
Ditanya jumlah pekerja asing yang akan diambil, Mahfuz berkata ia bergantung kepada keperluan dan permintaan selain melihat negara sumber pekerja terbabit.
Pada majlis itu, sejumlah 517 graduan dari 12 pusat bertauliah FeMAC menerima sijil dan diploma masing-masing daripada Mahfuz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Sumber Manusia
#ketetapan syarat
#Mahfuz Omar
#pekerja asing
#pengambilan pekerja asing
#penutup hidung dan mulut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan