KAPIT: Pengambilan tanah oleh kerajaan tidak dapat dielakkan dalam perlaksanaan projek pembangunan untuk kepentingan awam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata setiap pengambilan tanah rakyat yang terlibat dengan projek kerajaan tidak dilakukan secara percuma sebaliknya diambil berdasarkan kepada peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
"Semua tanah yang diambil balik akan dibayar pampasan berdasarkan penilaian daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Pampasan ini akan dinilai sewajarnya berdasarkan tanaman yang ada, struktur binaan jika ada dan saiz tanah yang terlibat mengikut nilai semasa," katanya.
Berucap di Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera dan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Pembinaan Kolej Profesional MARA Kapit di sini hari ini, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kapit berkata adalah tidak tepat sekiranya ada pihak yang menuduh kerajaan bersifat zalim kepada pemilik tanah.
Seramai 18 pemilik tanah menerima cek pampasan tanah yang keseluruhan berjumlah RM 931,549.30 di majlis tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
Nanta berkata, pengambilan tanah adalah berdasarkan kepada peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Pengambilan tanah perlu libatkan pampasan sewajarnya - Awang Tengah
Pengambilan tanah oleh kerajaan Sarawak untuk pelaksanaan projek pembangunan awam harus melibatkan pampasan sewajarnya, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
KPKM cadang peruntukan tambahan naik taraf infra, pengairan kawasan MADA
Kos untuk menambah peruntukan bagi projek menaik taraf infrastruktur dan sistem pengairan di kawasan MADA dijangka melebihi RM3 bilion.
Projek ECRL: Tanah penduduk Taman Sungai Sireh belum diambil - Anthony Loke
Selain itu, beliau menegaskan pampasan yang setimpal akan diberikan kepada setiap pengambilan tanah penduduk.
Lebih 260 penduduk Kampung Sungai Baru serah memorandum kepada PM
"Proses pengambilan tanah adalah kaedah terakhir bagi merealisasikan hasrat kami yang telah bersetuju untuk memiliki rumah yang lebih selesa."
Pengambilan tanah tidak dapat dielak bagi projek pembangunan - Nanta
Pengambilan tanah adalah berdasarkan kepada peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Eden terima pampasan RM76.86 juta bagi pengambilan tanah projek ECRL
Keputusan bagi jumlah yang dipertimbangkan itu dibuat dalam sesi pendengaran berkaitan tanah pada 4 Ogos, 2022.
Jangan lampaui Perlembagaan dalam urusan pengambilan tanah
Perlembagaan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Pengambilan tanah Sungai Baru, Kampung Baru diteruskan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) bersetuju pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, diteruskan.
Kerajaan perhalusi aspek perundangan pengambilan tanah Sungai Baru - Shahidan
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang memperhalusi aspek perundangan proses pengambilan tanah melibatkan projek pembangunan semula Sungai Baru.
MKN dicadang ambil alih sebahagian tanah LKIM di Bukit Malut untuk penempatan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dicadangkan oleh kerajaan negeri Kedah supaya mengambil alih sebahagian daripada 77 hektar tanah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bukit Malut, Langkawi.