awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun

Bernama
Bernama
04/07/2022
05:59 MYT
Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Penganggur, Lee Wei Shen, 24, (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang hari ini, atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada 26 Jun lepas. - Foto BERNAMA
KLANG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.
Lee Wei Shen, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid yang kemudiannya menetapkan 7 Sept depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia, toksikologi, bedah siasat dan forensik.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lee didakwa membunuh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang pada 3.40 pagi 26 Jun lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mati dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di rumah lelaki itu di Kampung Idaman.
Maut Ditekup Bantal | Suspek bunuh remaja perempuan direman
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh teman wanita
#penganggur
#Klang
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan