MALAYSIA
Penganggur didakwa edar lebih enam kilogram dadah

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu atas empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Mutiara, di sini bulan lalu. - Foto Sinar Harian
PONTIAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Taman Mutiara, Pontian, bulan lepas.
Ringkasan AI
- Penganggur didakwa atas empat pertuduhan dadah: Lau Keat Lim, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah berbahaya di Taman Mutiara, Pontian.
- Hukuman berat jika sabit kesalahan: Beliau didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan kemungkinan hukuman mati, penjara sehingga 40 tahun, sebatan, atau denda RM100,000 bergantung kepada pertuduhan.
- Mahkamah menolak permohonan jaminan: Kes ini akan disebut semula pada 5 Ogos untuk mendapatkan laporan kimia, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika tidak dikenakan hukuman mati.
Pertuduhan kedua melibatkan pemilikan dadah jenis methamphetamine seberat 20.04 gram, yang didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih sembilan, jika sabit kesalahan.
Untuk pertuduhan ketiga dan keempat, melibatkan pemilihan ketamine seberat 5.66 gram dan methamphetamine seberat 1.06 gram, masing-masing didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Mutiara, Pontian, kira-kira 6.10 petang pada 21 Mei lepas.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Sahira Rosley, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menolak permohonan jaminan dan menetapkan 5 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami