awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dipenjara 10 bulan, didenda RM5,000 rakam, simpan video lucah

Bernama
Bernama
26/08/2025
13:30 MYT
Penganggur dipenjara 10 bulan, didenda RM5,000 rakam, simpan video lucah
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara 10 bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah merakam serta menyimpan ratusan gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya.
Majistret Amira Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap P. Naagiran, 28, serta memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara 12 bulan lagi.
Mengikut pertuduhan, Naagiran didakwa meletakkan kamera tersembunyi di dalam tandas dengan niat menghina kehormatan dan mengganggu kesantunan seorang wanita di sebuah pangsapuri di Jalan San Peng di sini pada 9.45 malam, 24 April 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, tertuduh turut didakwa memiliki 108 video lucah dan 374 gambar lucah dalam telefon bimbit yang ditemui ketika siasatan di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 9 pagi, 26 April 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Ravindejit Kaur, memohon hukuman setimpal memandangkan kesalahan tertuduh mencabuli privasi mangsa serta mengganggu keselamatan awam.
Bagaimanapun, peguam S. Balasubrameniam yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya menjaga ibu yang sudah tua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#video lucah
#hukuman penjara
#keselamatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan