awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diet Trump "sangat tidak sihat", didominasi makanan segera, gula-gula
Sindiket penipuan panggilan telefon menyamar pegawai polis tumpas
Lebih 11,000 kes tangkapan ular direkodkan di Kelantan tahun lepas - APM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan

Bernama
Bernama
15/01/2026
13:55 MYT
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi Isnin lepas, seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia manakala sembilan lagi cedera. Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal UTAR. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti HELP yang cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di kampus universiti di Bukit Damansara, di sini, Isnin lepas masih menerima rawatan di hospital, manakala dua lagi telah dibenarkan pulang.
Universiti HELP dalam kenyataan hari ini memaklumkan enam individu lain yang turut tercedera dalam insiden tersebut juga telah dibenarkan keluar dari hospital.
"Pihak universiti kekal berhubung rapat secara berkala dengan pelajar, kakitangan serta keluarga yang terlibat dan akan terus memberikan segala bentuk sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan mereka," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Universiti HELP turut menyambut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan pantas dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden tersebut.
Universiti itu juga menegaskan kesediaannya untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik bangunan serta syarikat pengurusan bangunan bagi mengenal pasti fakta kejadian dan memastikan semua protokol keselamatan disemak dengan sewajarnya.
"Kami menghargai sokongan serta keprihatinan yang ditunjukkan terhadap semua pihak yang terlibat dan berterima kasih kepada pelajar, ahli keluarga serta rakan sekerja di dalam dan luar negara yang menghulurkan sokongan serta kata-kata semangat kepada keluarga empat orang pelajar yang cedera dalam insiden tersebut," menurut kenyataan itu.
Semalam, menerusi catatan di media sosial X, Perdana Menteri menekankan perlunya siasatan segera dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca letupan gas penyaman udara di universiti swasta itu yang berlaku pada Isnin lepas.
Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi Isnin lepas, seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia manakala sembilan lagi cedera. Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan di universiti
#letupan gas penyaman udara
#menerima rawatan
#Universiti HELP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan