awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dipenjara cederakan isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2023
07:53 MYT
Penganggur dipenjara cederakan isteri
Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan penjara enam bulan dan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada Khamis. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan isterinya.
Majistret Siti Nora Sharif membuat keputusan itu selepas tertuduh, R Kumaran, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 32 tahun di ruang tamu rumahnya di Taman Kledang Emas di sini sekitar jam 6.45 petang, Rabu lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding sama, tertuduh mengaku bersalah kerana gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta oleh Inspektor Ishak Jumain di lokasi sama sekitar jam 1.20 petang pada Khamis.
Bagi kesalahan itu, lelaki terbabit turut didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Kathan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan penjara enam bulan dan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada Khamis.
Sebelum ini, suspek ditahan polis kerana memukul muka isterinya kerana enggan memberikan wang yang dimintanya.
Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang mengalami pening dan sakit kepala akibat dipukul bertindak membuat laporan polis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul isteri
#hukuman mahkamah
#hukuman penjara
#minta duit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan