awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad

Bernama
Bernama
23/05/2024
08:45 MYT
Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad
Hakim memerintahkan hukuman enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan itu berjalan serentak bermula hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya, dua tahun lepas.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Yu Hui, 29, selepas dia mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan memerintahkan hukuman enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan itu berjalan serentak bermula hari ini.
Lim didakwa secara sedar memuat naik tiga hantaran komen jelik di laman Facebook menerusi akaun "Hallowen Day" dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di sebuah bengkel di Jalan Cecily, Sandakan, Sabah, antara 9.24 hingga 9.30 pagi, 18 Sept 2022.
Kesemua hantaran itu dilihat di sebuah unit residensi di Pantai Sentral di sini pada 10 pagi tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memohon hukuman setimpal susulan tiga hantaran yang dibuat Lim dilakukan secara sengaja dalam tempoh masa berturut-turut dengan niat untuk menyakiti pembaca.
Bagaimanapun, Lim yang tidak diwakili peguam memohon agar dikenakan hukuman penjara atas alasan tidak mampu untuk membayar denda kerana baru diberhentikan kerja berikutan kes yang dihadapinya.
"Saya menyesal atas perbuatan saya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganggur dipenjara
#komen jelik
#Nabi Muhammad SAW
#Lim Yu Hui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan