Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki dadah jenis ganja bernilai RM12,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Teniku, Desa Pujut 2, petang semalam.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata, lelaki yang berumur 20 tahun itu ditahan setelah dadah terbabit ditemui dalam bilik tidur suspek.

"Berat dadah yang dirampas dianggarkan 1,000 gram dengan nilai RM12,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Lim berkata, polis turut menyita sebuah kenderaan Proton Saga FLX bernilai RM30,000 milik suspek terbabit.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

-- BERNAMA