Jentera komunikasi kerajaan perlu terus diperkukuh - PM Anwar

Anwar bergambar bersama pengamal media pada Majlis Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, 17 Dis 2025. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jentera komunikasi kerajaan terus diperkukuh.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu memperkukuhkan jentera komunikasi kerajaan dengan menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan.
- Anwar menegaskan bahawa komunikasi kerajaan bukan untuk propaganda tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar negara kepada rakyat.
- Beliau turut menekankan keperluan bagi rakyat Malaysia untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam bahasa Melayu.
"Saya sentiasa menganggap kami sebagai satu pasukan yang berusaha sebaik mungkin, tetapi mempunyai kekangan dan mungkin juga melakukan kesilapan," kata beliau pada Taklimat Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di sini semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.
Taklimat itu turut disertai 92 wakil media tempatan dan antarabangsa.
Perdana Menteri berkata media juga boleh memainkan peranannya dalam menasihati kerajaan untuk menyampaikan komunikasi yang berkesan, di samping menekankan bahawa matlamatnya bukan untuk propaganda.
"Ini bukan jentera propaganda, tetapi hanya menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di negara ini. Apa yang kami laksanakan dan mungkin juga kekangan kami serta apa yang belum kami laksanakan," kata beliau.
Beliau berkata kerajaan pada masa ini sedang berusaha untuk mempertingkat komunikasi.
"Bukan sekadar soal menghadapi pilihan raya, tetapi yang lebih penting ialah tentang struktur negara ini, kerana apa sahaja yang dilakukan, jika mahu menjadi parti yang bekerjasama dengan rakyat, segala tindakan perlu diterjemah dengan jelas," kata beliau.
Sementara itu, Anwar berkata penting bagi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran bahasa Melayu mereka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


