awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur warga Thailand didakwa bunuh adik

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2022
06:28 MYT
Penganggur warga Thailand didakwa bunuh adik
Masofi Masae dikawal oleh anggota polis semasa tiba di Mahkamah Majistret Tanah Merah. - Gambar Astro AWANI
TANAH MERAH: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Tanah Merah, hari ini atas pertuduhan membunuh adiknya di Kampung Melayu Sungai Rual, Jeli bulan lalu.
Tertuduh yang juga warga Thailand, Masofi Masae, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed.
Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh Ma-Udeng Masae, 30, di sebuah rumah di Kampung Melayu Sungai Rual, Jeli, pukul 1.30 pagi pada 29 Disember lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nazuha dalam pendakwaan memohon tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dirujuk ke hospital berkenaan dan menetapkan 30 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#penganggur
#warga Thailand
#bunuh adik
#Mahkamah Majistret Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan