KINI-TRENDING

Pengangkutan awam: Tingkat mutu servis dahulu sebelum naik harga

Umaira Uyop 19/03/2015 | 09:00 MYT
Pengguna menyarankan agar mutu perkhidmatan awam dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan harga tambang.
Penetapan tambang baharu bagi perkhidmatan teksi, bas ekspress dan KTM Berhad mengejutkan pengguna terutama bagi mereka yang bergantung pada pengangkutan awam tersebut.
Seorang pengguna, Ibdillah Ishak berpendapat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepatutnya melihat kepada keperluan rakyat selain meningkatkan mutu sistem terlebih dahulu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna Mohamad Shafiei juga menyatakan, servis yang lebih baik perlu disediakan terlebih dahulu supaya selaras dengan kenaikan tambang pengangkutan awam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi pengguna berpandangan, tambang baharu ini tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi industri berkenaan secara menyeluruh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak kurang yang membandingkan perkhidmatan teksi di sini dengan negara maju lain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang menyifatkan peningkatan sebanyak 40 peratus adalah terlalu tinggi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala pengguna Fajariah Kamal berharap agar gaji pekerja juga menerima kenaikan untuk menampung pelbagai perkara yang mengalami peningkatan harga.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambang baharu bagi teksi berkuat kuasa mulai hari ini sementara bagi bas ekspress akan bermula 15 Mei ini.
Pelarasan tambang bagi KTM Berhad pula dijangka naik sehingga 20 peratus bergantung kepada jarak perjalanan.
BACA: SPAD umum kenaikan tambang teksi dan bas ekspres
#bas ekspress #KTM Berhad #naik harga #pengangkutan awam #pengguna #teksi