Penganjur 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' pada 16 Sept ini mahu mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok di sini dan bukan di Bukit Bintang dan Petaling Street seperti dihebohkan sebelum ini.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam, selaku penganjur, berkata pihaknya telah menyerahkan notis kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan hanya menunggu keputusan.
"Setakat hari ini masih belum terima surat daripada DBKL untuk guna Padang Merbok...bila dapat nanti kita akan maklum kepada polis semula," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pertandingan akhir Kejuaraan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia 2015 di sini, hari ini.
Katanya sekiranya tidak mendapat kebenaran menggunakan Padang Merbok, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan perhimpunan itu di tempat tertutup seperti Stadium Merdeka.
"Saya menjemput semua warga Pesaka termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ahli PAS dan semua rakyat Malaysia untuk sertai perhimpunan ini bagi mempertahankan nilai-nilai negara termasuk prinsip Rukun Negara," katanya.
Mohd Ali berkata tiada warna khas ditetapkan untuk peserta perhimpunan dan pihaknya juga tidak mengedarkan baju-T.
Berhubung sebaran poster yang terdapat unsur pertumpahan darah, Mohd Ali berkata ia tiada kaitan dengan pihaknya.
Beliau turut menegaskan agar peserta yang hadir tidak membuat sebarang provokasi kerana bagi mengekalkan perhimpunan itu berada dalam keadaan aman.
Penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu dikatakan akan diadakan pada 16 Sept sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lepas.
Sementara itu di KEPALA BATAS, anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata penganjur perhimpunan itu perlu mematuhi undang-undang yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman.
"Saya tidak menentang sebarang bentuk kebebasan bersuara tetapi ia mesti dilakukan dengan cara yang betul, mengikut undang-undang dan peraturan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sukarelawan Malaysia di Kuala Muda di sini, hari ini.
Di BATU PAHAT, anggota MT UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata UMNO tidak menghalang mana-mana anggotanya menyertai perhimpunan itu dan mengingatkan agar mereka menjaga tatatertib dan tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.
"Himpunan ini pada dasarnya adalah untuk menyampai mesej bahawa rakyat sentiasa menyokong kerajaan dan jangan cuba untuk mencabar maruah dan kepimpinan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mencari Harta Karun Kembara Merdeka #sehatisejiwa Parlimen Sri Gading, di sini, hari ini.
Bernama
Sat Sep 12 2015
Peserta perhimpunan itu digesa tidak membuat sebarang provokasi bagi mengekalkan perhimpunan itu berada dalam keadaan aman.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.