awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran 'konsert' di Bulatan Sultan Azlan Shah tiada kebenaran

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/03/2022
08:37 MYT
Penganjuran 'konsert' di Bulatan Sultan Azlan Shah tiada kebenaran
Berdasarkan video itu, penganjur serta pengunjung program turut didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal di samping sebahagian pengunjung tidak memakai pelitup muka. - Foto ihsan pembaca
IPOH: Penganjur acara ‘konsert’ yang menyaksikan ramai orang berkumpul di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini yang tular di media sosial, tidak mendapat kebenaran dari polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 
 Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan acara itu yang tular, hari ini. 
 
Menurutnya, berdasarkan video itu, penganjur serta pengunjung program turut didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal di samping sebahagian pengunjung tidak memakai pelitup muka. 


“Susulan itu siasatan dibuka mengikut Seksyen 22(B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini. 
 
Beliau berkata, siasatan awal mendapati penganjur acara itu tidak memohon kebenaran dari MKN Perak mahupun Polis Daerah Ipoh selain mereka turut didapati gagal mematuhi SOP pencegahan penularan wabak COVID-19. 
 
Menurut Mior Faridalathrash, susulan itu, pihak polis sedang megesan pemilik akaun aplikasi media sosial TikTok dengan nama “@Acik_kesepian” serta individu yang terbabit dalam program berkenaan bagi membantu siasatan. 
 
Beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden (ASP) Fadli Ahmad di talian 019-2500019. 
 
Terdahulu, beberapa video yang tular melihatkan ramai indvidu menari mengikut rentak alunan muzik yang dipasang. 
 
Turut kelihatan beberapa individu tidak memakai pelitup muka dengan betul serta ketiadaan penjarakan fizikal satu meter.
Topic Berkaitan
#konsert
#Bulatan Sultan Azlan Shah
#Mior Faridalathrash Wahid
#video viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan