KUALA TERENGGANU: Penganjuran Terengganu Monsoon Challenge (TMC) 2021 berjaya mencungkil kira-kira 30 bakat muda dalam bidang pelayaran dari seluruh negara.
Timbalan Pengerusi TMC Mohd Hafizi Said yang juga Pengarah Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, pihaknya menerima 213 penyertaan daripada semua peringkat usia termasuk daripada atlet paling muda berusia lapan tahun.
"Ia satu perkembangan dan peluang yang baik dalam mencungkil bakat-bakat muda yang akan menjadi aset negara seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Kita juga berjaya menghidupkan kembali sukan pelayaran melibatkan atlet orang kurang upaya (OKU) dengan penyertaan seramai enam orang pada TMC kali ini," katanya pada majlis penutup dan upacara penyampaian hadiah TMC 2021 di sini, semalam.
Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.
Terengganu muncul juara bagi kategori Pasukan Terbaik Piala Monsun, manakala gelaran pelayar terbaik pula diungguli oleh Iqbal Nazham Musmuliadi daripada pasukan Kedah.
Masing-masing menerima hadiah piala pusingan dan wang tunai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Alias (kanan) menyampaikan hadiah kepada Iqbal Nazham pada Majlis Penutup Kejohanan TMC 2021 di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, 2 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Jangan sebarkan maklumat peribadi orang lain dalam talian
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, maklumat mengandungi data peribadi mana-mana individu tidak harus disebarkan kerana ia melanggar undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan boleh dikenakan tindakan.
Penganjuran TMC cungkil bakat muda pelayaran negara
TMC menerima 213 penyertaan daripada semua peringkat usia termasuk daripada atlet paling muda berusia lapan tahun.