AMMB Holdings Berhad (AMMB) hari ini memaklumkan bahawa seorang Pengarah Bukan Eksekutif di salah sebuah subsidiarinya telah disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan kumpulan perbankan itu memaklumkan hasil pemeriksaan awal mendapati Pengarah terbabit tidak ada kontak langsung dalam tempoh 10 hari dengan mana-mana kakitangan atau melawati mana-mana premis Kumpulan AmBank.
"Kementerian Kesihatan sedang mengambil langkah menjejaki kontak langsung Pengarah Bukan Eksekutif tersebut. Mana-mana kakitangan yang berhubung dengan Pengarah Bukan Eksekutif tersebut dalam tempoh 14 hari terakhir telah dikuarantinkan dan akan menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan.
"Antara langkah berjaga-jaga yang diambil oleh Kumpulan AmBank termasuk mengawal kemasukan pelawat ke premisnya, pemeriksaan suhu di lokasi berisiko tinggi, penyediaan topeng muka dan sanitari tangan, meningkatkan kekerapan dan intensiti pembersihan serta melaksanakan arahan perjalanan dan nasihat kepada semua kakitangan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu perniagaan dan operasi Kumpulan AmBank akan berjalan seperti biasa.
"Kumpulan AmBank akan terus bertanggungjawab dan telus dalam melindungi keselamatan dan kesihatan semua pihak berkepentingan, khususnya kakitangan dan para pelanggan.
"Pengarah Bukan Eksekutif tersebut kini sedang menerima rawatan di hospital kerajaan. Kumpulan AmBank berharap agar Pengarah tersebut diberikan kesembuhan dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Tue Mar 10 2020

Perniagaan dan operasi Kumpulan AmBank akan berjalan seperti biasa.

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Pengurusan tanah perkuburan diseragamkan
Kerajaan Sarawak menambah keluasan tanah perkuburan islam semariang dan membangunkan beberapa tanah perkuburan di Kuching bagi menampung jumlah jenazah yang dirangka sehingga tahun 2050. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan tanah perkuburan tersebut juga diseragamkan dengan pendigitalan simpanan data agar lebih sistematik dan memudahkan urusan keluarga jenazah.

Titik berat soal kebersihan apabila pilih lokasi bazar
Selain pilihan juadah dan harga berpatutan, Pengunjung Bazar Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu turut pentingkan kebersihan sesebuah bazar.

Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.

Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.

Kerajaan tumpu pada disiplin fiskal untuk Belanjawan 2023 yang disemak semula
Belanjawan 2023 dijangka kekal condong ke arah pengembangan selepas menyaksikan ekonomi global memasuki tempoh yang agak lembap.

Bekas pegawai bank tidak berurusan terus dengan Najib
Joanna berkata beliau tidak pernah berurusan secara langsung dengan bekas perdana menteri itu berkenaan akaunnya kerana "protokol".

Seminggu diperlukan untuk soal bekas pegawai bank uruskan akaun Najib - Shafee
Pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib akan mengambil masa selama seminggu untuk pemeriksaan balas bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping.

KDNK Q3/2022 diunjur pada 12.2 peratus, disokong aktiviti pengeluaran sihat
AmBank Group mengekalkan unjuran KDNK tahun penuh pada 7.5 peratus dengan peningkatan 8.5 peratus.

Kes 1MDB: Akaun Najib akaun individu pertama diwujudkan dengan nama kod - Saksi
Akaun AmBank peribadi Najib adalah akaun individu pertama yang diwujudkan dengan nama kod bagi tujuan melindungi maklumat dan menjaga sensitiviti akaun itu.

'Saya 'cabut' selepas Najib tandatangan borang buka akaun bank' - Saksi
Cheah Tek Kuang, 75, berkata beliau pergi ke rumah bekas perdana menteri itu pada 2011 berhubung permintaan tertuduh untuk membuka akaun bank di AmBank.

Najib tidak pernah keluarkan wang tunai meskipun berbilion masuk ke akaun banknya - Saksi
Bekas Perdana Menteri itu juga tidak mengeluarkan sebarang cek atas namanya.

Kes 1MDB: AmBank bayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia - Saksi
Mahkamah diberitahu bahawa AmBank telah membayar penyelesaian berjumlah RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB.

Kes 1MDB: RM90.9 juta masuk ke akaun Najib pada 2012 - Saksi
Saksi memberitahu akaun Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kemasukan wang RM90.9 juta pada Oktober dan November 2012.

Shahrir Samad tidak tahu sumber wang RM1 juta diterima daripada Najib - Saksi
Menurut saksi, beliau yang berpengalaman dalam bidang perbankan selama 12 tahun, juga tidak mengetahui sumber wang tersebut.