awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah jabatan kerajaan didakwa guna jawatan syor perniagaan milik suami

Bernama
Bernama
28/08/2025
05:00 MYT
Pengarah jabatan kerajaan didakwa guna jawatan syor perniagaan milik suami
Kesalahan itu melibatkan nilai RM3,840 dan tertuduh didakwa di bawah Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang pengarah jabatan kerajaan di Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan jawatan dengan mengesyorkan perniagaan milik suaminya bagi satu program, lapan tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pengarah jabatan kerajaan di Perlis, Hanita Ahmad, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyalahgunakan jawatan dengan mencadangkan perniagaan suaminya untuk satu program kerajaan pada tahun 2017.
  • Kesalahan itu melibatkan nilai RM3,840 dan didakwa di bawah Akta SPRM 2009, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tinggi jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan, termasuk melapor diri di pejabat SPRM dan menyerahkan pasport, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 September.

Hanita Ahmad, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam Gred S41 di jabatan kerajaan ketika itu telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi suaminya dengan mengesyorkan perniagaan milik suaminya, iaitu Tegas Enterprise bagi kerja "Perkhidmatan Makan-Minum Untuk Program Perhimpunan Perdana Skim Rondaan Sukarela Daerah Seberang Perai Utara 2017" bernilai RM3,840 melalui Nota Minta.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di jabatan kerajaan di daerah Seberang Perai Utara, di sini pada 14 Julai 2017, mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noor Azura Zulkiflee mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Hanita yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia menanggung keluarganya kerana suaminya tidak bekerja selama setahun.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan jaminan RM8,000 dan semua permohonan pihak pendakwaan berserta syarat tambahan serta menetapkan 30 Sept bagi sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah jabatan kerajaan di Perlis
#syor perniagaan milik suami
#Hanita Ahmad
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan