awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
DUNIA
Trump ulangi desakan agar Pengerusi Fed Jerome Powell letak jawatan segera
MALAYSIA
Kilang kitar semula terbakar di Semenyih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pengarah jabatan MPAJ didakwa rasuah RM30,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/07/2025
05:00 MYT
Pengarah jabatan MPAJ didakwa rasuah RM30,000
Ahmad Alhairi dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Pengarah Jabatan Bangunan dan Seni Bina, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM30,000, dua tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Pengarah Jabatan Bangunan dan Seni Bina MPAJ, Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM30,000 pada tahun 2023.
  • Tertuduh didakwa menerima wang RM20,000 dan RM10,000 melalui akaun bank miliknya tanpa balasan daripada individu yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya, dan kesalahan dilakukan di sebuah bank di Taiping.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan termasuk melapor diri kepada SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport, serta menetapkan 19 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh, Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf, 47, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima untuk dirinya wang tunai RM20,000 melalui akaun bank miliknya, dengan tiada balasan daripada seorang lelaki berumur 64 tahun, yang diketahui mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya sebagai Pengarah Jabatan Bangunan dan Seni Bina MPAJ.
Bapa kepada dua anak itu turut didakwa menerima untuk dirinya wang tunai RM10,000 melalui akaun bank miliknya dengan tiada balasan daripada lelaki sama, melalui dua lelaki lain berumur 61 dan 37 tahun.
Pengarah Gred J52 itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di sebuah bank Cawangan Taiping dalam Daerah Larut, Matang dan Selama, pada 2 November 2023.
Dia didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanraya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, Selangor pada Sabtu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri dan Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Nizam Abd Razak.
Topic Berkaitan
#MPAJ
#kes rasuah
#kes rasuah pengarah MPAJ
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami