awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Kejuruteraan mengaku tidak bersalah dapatkan suapan bagi saudara

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/01/2022
05:26 MYT
Pengarah Kejuruteraan mengaku tidak bersalah dapatkan suapan bagi saudara
Muhamad Tarmymy Che Ani didakwa telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan apabila mencadangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan bapa dan adiknya kepada Lembaga Perolehan Negeri Kedah. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bagi kesalahan mendapatkan suapan bagi saudara serta pemalsuan dokumen yang dilakukan tiga tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Tarmymy Che Ani, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas jurubahasa selesai membacakan ketiga-tiga pertuduhan dihadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad di Mahkamah Sesyen Alor Setar, pada Rabu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan apabila mencadangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan bapa dan adiknya kepada Lembaga Perolehan Negeri Kedah untuk melaksanakan kerja-kerja penurapan serta penyelenggaraan jalan di Kulim yang bernilai RM200,000.
Muhamad Tarmymy didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 12 Disember 2019 di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman dan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara curang telah menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga bertarikh 27 November 2019 yang palsu di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman pada 5 Disember 2019.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa secara curang menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga, Peruntukan Projek Marris Tahun 2019 bertarikh 27 November 2019 di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman pada 26 Disember 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua kesalahan itu.
Harmi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin, manakala tertuduh diwakili peguam, M Puveneswaran.
Topic Berkaitan
#Pengarah Kejuteraan
#suapan
#pemalsuan dokumen
#Majlis Perbandaran Kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan