awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah kolej vokasional, dua lelaki direman bantu siasatan kes rasuah

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2017
10:27 MYT
Pengarah kolej vokasional, dua lelaki direman bantu siasatan kes rasuah
Pengarah sebuah Kolej Vokasional (tengah) dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Kangar hari ini. - Foto Bernama
Pengarah sebuah kolej vokasional di Perlis, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Yaacop Angah, berkata suspek wanita berusia 55 tahun itu ditahan, malam tadi, bagi membantu siasatan kes penyelewengan sebut harga perkhidmatan latihan bernilai hampir RM500,000.
Suspek dipercayai menggunakan kedudukannya untuk memaksa seorang guru menandatangani penerimaan sebut harga barangan terbabit sedangkan ia adalah barangan terpakai.
Selain suspek wanita berkenaan, dua lelaki iaitu masing-masing seorang pengurus syarikat berusia 55 tahun dan eksekutif pemasaran berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
SPRM sudah membekukan akaun syarikat pembekal perkhidmatan latihan itu berjumlah lebih RM300,000, manakala peralatan bernilai lebih RM100,000 disita untuk tujuan siasatan.
Permohonan reman dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph Gaisah.
Topic Berkaitan
#bantu siasatan rasuah
#Pengarah Kolej Vokasional
#reman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan