Skip to main content

Malaysia

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Pengarah Kanan MACA dinaikkan pangkat

SPRM pelantikan kenaikan pangkat
Karunanithy (kiri) dan Mohd Hafaz menerima kenaikan pangkat.

PUTRAJAYA: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang bersama Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dinaikkan pangkat dalam satu rombakan kepimpinan agensi berkenaan yang berkuat kuasa Jumaat.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan kenaikan pangkat itu melibatkan Datuk Y Karunanithy dan Datuk Mohd Hafaz Nazar.

Advertisement

Karunanithy kini dilantik sebagai Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia selepas sebelum ini memegang jawatan Pengarah SPRM Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Mohd Hafaz dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, menggantikan peranan beliau sebelum ini sebagai Pengarah Kanan MACA.

"Pelantikan dan kenaikan pangkat tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memperkukuh barisan kepimpinan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

"Kedua-dua pegawai terbabit dipilih berdasarkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta tahap integriti yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan mereka," jelas SPRM menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Langkah berkenaan juga disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan dedikasi mereka kepada organisasi.

SPRM turut menyatakan keyakinan bahawa kedua-dua individu itu akan terus memacu kecemerlangan serta memperkukuh tadbir urus berintegriti, selari dengan komitmen agensi dalam membangunkan modal insan yang kompeten, berakauntabiliti dan berorientasikan prestasi.

Sehubungan itu, SPRM berharap semua pegawai terlibat akan terus menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab serta menjunjung tinggi prinsip integriti dalam setiap tugasan.

Must Watch Video