Astro AWANI kehilangan seorang pengarah studio, Ilancheliyan Adaikalam yang berkhidmat dengan saluran berita itu sejak tujuh tahun lalu

Lebih mesra dengan panggilan Ilan, beliau meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bulatan Segambut, Segambut Kuala Lumpur.

Kemalangan pada tengah hari itu membabitkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah treler.

Polis mengesahkan Ilan meninggal dunia di tempat kejadian.

Semasa hayatnya, mendiang banyak terlibat dengan acara-acara utama dalam penyiaran seperti liputan langsung nahas MH370, istiadat penghormatan jenazah MH17 dan bajet tahunan.

Mayat Ilan, 49 dituntut keluarga sebelum disemadikan.

Mendiang meninggalkan seorang balu.

Mula bertugas di Astro pada 1996, Ilan menjadi antara perintis di Astro AWANI apabila menyertai syarikat pada 2007.