awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa tipu pakej haji

Bernama
Bernama
24/02/2023
06:54 MYT
Pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa tipu pakej haji
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksium 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang warga emas berhubung pakej haji furada membabitkan kerugian RM24,000, empat tahun lepas.
Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 39, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu seorang wanita berusia 69 tahun dengan memperdayakannya sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan RM24,000 bagi mengerjakan haji furada menggunakan pakej haji yang ditawarkan oleh Syarikat Hiddan Travel Sdn Bhd milik tertuduh.
Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Majlis Perbandaran Selayang di sini, antara 24 hingga 26 Jun 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksium 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Loh Xian Yee mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Khairul Amin Abdullah yang mewakili Nur Zaidani merayu jaminan minimum atas alasan terdapat penyelesaian antara anak guamnya dengan mangsa.
Majistret Chai Guan Hock membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah syarikat pelancongan
#pertuduhan menipu warga emas
#Syarikat Hiddan Travel Sdn Bhd
#mahkamah majistret selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan