awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat didakwa 10 pertuduhan gagal lapor pemberian suapan

Bernama
Bernama
06/06/2025
09:30 MYT
Pengarah syarikat didakwa 10 pertuduhan gagal lapor pemberian suapan
Seorang pengarah syarikat perunding mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 10 pertuduhan gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM100,000 bagi membantu mempercepat tuntutan Program Penjana, tiga tahun lepas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat perunding mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM100,000 bagi membantu mempercepat tuntutan Program Penjana, tiga tahun lepas.
Muhammad Ispandi Othman, 54, didakwa atas 10 pertuduhan iaitu diberikan suapan wang tunai berjumlah RM100,000 daripada seorang pengarah syarikat melalui seorang lelaki bagi membantu mempercepat tuntutan Program Penjana yang dibuat oleh sebuah syarikat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Bagaimanapun, tertuduh didakwa gagal melaporkan kesalahan pemberian suapan terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi di Jalan Yap Ah Shak, Taman Bukit Maluri dan Bandar Manjalara antara 25 Feb 2021 dan 20 Julai 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Selvam T. Armugom menawarkan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan manakala peguam Nor Azam Rashid Zainol Rashid yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan itu dikurangkan.
Hakim Rosli Ahmad membenarkan Muhammad Ispandi diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan pasportnya diserahkan kepada mahkamah dan dia dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah syarikat
#gagal lapor pemberian suapan
#program Penjana
#Ispandi Othman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan