awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat didakwa kemuka tuntutan palsu PSU

Bernama
Bernama
01/03/2021
03:48 MYT
Pengarah syarikat didakwa kemuka tuntutan palsu PSU
Mahkamah membenarkan Wong diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Program Subsidi Upah (PSU) membabitkan RM6,000 tahun lepas.
Tertuduh Wong Siow Yen, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Pengarah syarikat YTG Logistic and Trading Sdn Bhd itu didakwa memberikan borang PSU kepada Ketua Bahagian Insurans Pekerjaan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Putrajaya bagi tujuan membuat tuntutan lima pekerjanya, yang sebenarnya tidak layak menuntut subsidi PSU.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di YTG Logistic and Trading Sdn Bhd, Lot 869 Batu 1 3/4, Jalan Tampin, Gemas pada 9 April 2020.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.
Terdahulu peguam Chuah Shyue Chien memohon mahkamah supaya mengenakan jaminan paling minimum atas alasan anak guamnya mempunyai empat anak berumur 8 bulan hingga 11 tahun selain memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan oleh SPRM.
Mahkamah kemudian membenarkan Wong diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah dipalsukan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Syarina Raizan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Putrajaya
#SPRM
#subsidi
#Rasuah
#siasatan
#keselamatan
#Mahkamah Sesyen
#penjara
#pengarah syarikat
#Program Subsidi Upah
#PSU
#tuntutan palsu
#perkeso
#Pekerja
#tidak layak
#YTG Logistic and Trading
#mengaku tidak bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan