awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat didenda RM18,000, miliki dan jual peralatan komunikasi tidak diperakui SKMM

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/04/2022
06:47 MYT
Pengarah syarikat didenda RM18,000, miliki dan jual peralatan komunikasi tidak diperakui SKMM
Wang Wan Ling, 52, selaku orang kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki peralatan komunikasi tidak diperakui. - Gambar Astro AWANI
BUTTERWORTH: Padah memiliki dan menjual peralatan komunikasi tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) seorang pengarah syarikat yang juga pemilik kedai peralatan komunikasi didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.
Hakim Norhayati Mohamad Yunus menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh Wang Wan Ling, 52, selaku orang kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki peralatan komunikasi tidak diperakui.
Bagi pertuduhan pertama, Wang mengaku memiliki sembilan wireless AV sender jenama Pakite model PAT225 dan tujuh wireless AV sender jenama Pakite PAT 535 tidak diperakui sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di kedai Newfroggy Store, No. 2, Jalan Perai Jaya 2, Bandar Perai Jaya, Perai pada 10 September 2021 sekitar pukul 3.09 petang.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didenda RM8,000 atau gagal bayar dua bulan penjara.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Noor Aini Yusof pula menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau gagal bayar dua bulan penjara terhadap Wang yang mengaku bersalah menjual peralatan komunikasi tidak diperakui.
Tertuduh mengaku menjual satu RCA Wireless AV sender jenama Pakite model PAT535 tidak diperakui sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kepada pegawai operasi ketika operasi penyamaran di kedai Newfroggy Store, No. 2, Jalan Perai Jaya 2, Bandar Perai Jaya, Perai pada kira-kira pukul 11 pagi, 9 Mac, 2020.
Kedua-dua pertuduhan itu dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-Peraturan sama, yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan sama iaitu denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamad Fadzil manakala tertuduh diwakili peguam Low She Warne.
Terdahulu, semasa prosiding, Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap Wang agar menjadi pengajaran kepada OKS serta orang ramai untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu.
Bagaimanapun, Low memohon mahkamah mengenakan denda minima kerana ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia juga telah insaf dengan perbuatannya.
Selain itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga orang anak berusia antara 7 hingga 23 tahun itu juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Topic Berkaitan
#pengarah syarikat
#peralatan komunikasi
#tidak diperakui
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan