KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembersihan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menipu seorang ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan memperdayakannya berhubung Program Insentif Pengambilan Pekerja sehingga pertubuhan itu menyerahkan wang RM236,080, dua tahun lepas.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Karthikesan, 44, selepas dia mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan pilihan.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu dijatuhi hukuman denda berjumlah RM50,000 atau penjara 25 bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dia didenda berjumlah RM250,000 atau penjara 54 bulan bagi tiga lagi pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Karthikesan didakwa sebagai pemilik Syarikat Fajaa Murudana Sdn Bhd dan Profit Sonata Sdn Bhd secara tidak jujur, menipu ejen Perkeso dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa 20 orang dalam senarai pekerja di Borang Pengesahan Pekerja bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikat itu bertarikh 12 dan 4 Mei 2021 yang ketahuinya bukan pekerja syarikat tersebut.
Perbuatan itu mendorong Perkeso menyerahkan RM236,080 ke dalam dua akaun bank milik syarikat tertuduh yang tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan oleh tertuduh.
Karthikesan didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak dan Jalan Selangor Seksyen 6, Petaling Jaya di sini antara 19 Mei 2021 dan 22 Mei 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon hukuman denda berjumlah RM300,000 agar memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat berhubung kesalahan tersebut.
"Pada hari ini tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan, sekiranya mahkamah merasakan hukuman denda wajar diberikan kepada tertuduh maka pihak pendakwaan memohon jumlah denda RM300,000, ia adalah wajar dan setimpal selaras dengan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh," katanya.
Peguam Vijaya Sandran yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda atas alasan anak guamnya telah insaf serta menanggung keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Karthikesan, 44, selepas dia mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan pilihan. - Gambar hiasan/pexels
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.
SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.
Perkeso laksana pelarasan kos sara hidup bermula Januari tahun depan
Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.