SEREMBAN: Jasad mendiang pengasas parti DAP Dr Chen Man Hin yang meninggal dunia pada Rabu lepas selamat disemadikan di Taman Peringatan Xioa En, Nilai dekat sini kira-kira 5.30 petang Ahad.
Terdahulu, perarakan membawa jasad mendiang bermula 12 tengah hari melalui Jalan Tuanku Munawir menuju ke Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan bagi memberi peluang kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan politik memberi penghormatan terakhir.
Turut hadir beberapa pimpinan tertinggi DAP termasuk veteran parti Lim Kit Siang, Pengerusi Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Anthony Loke Siew Fook.
Dr Chen adalah Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan seterusnya dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.
Mendiang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang antara 1965 dan 1982 selain sebagai Ahli Parlimen Seremban Timor (1969-1974) dan Seremban (1974-1982 dan 1983-1990).
Dr Chen meninggal dunia di kediamannya di sini kira-kira 5 pagi Rabu lepas, pada usia 98 tahun.
BACA: Pengasas DAP, Chen Man Hin meninggal dunia
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Jasad mendiang pengasas parti DAP Dr Chen Man Hin selamat disemadikan di Taman Peringatan Xioa En, Nilai. - Foto Facebook/Kerk Chee Yee
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pengasas DAP Dr Chen Man Hin selamat disemadikan
Jasad mendiang pengasas parti DAP Dr Chen Man Hin selamat disemadikan di Taman Peringatan Xioa En, Nilai.
Pengasas DAP, Chen Man Hin meninggal dunia
Man Hin merupakan Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.