awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasingan kuasa: Cadangan RUU Perkhidmatan Parlimen terima reaksi positif

Bernama
Bernama
19/09/2023
04:32 MYT
Pengasingan kuasa: Cadangan RUU Perkhidmatan Parlimen terima reaksi positif
Wan Junaidi berkata, ahli Dewan menyambut baik langkah pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 untuk merealisasikan konsep pengasingan kuasa dalam negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dasar dan kerangka cadangan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2023 yang kini dalam peringkat penggubalan mendapat reaksi positif daripada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini selepas satu taklimat mengenainya diadakan semalam.
Beliau berkata ahli kedua-dua Dewan berkenaan menyambut baik langkah pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 untuk merealisasikan konsep pengasingan kuasa dalam negara.
"Seterusnya rang undang-undang ini dapat melaksanakan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Secara jelas memartabatkan Institusi Parlimen Malaysia yang bebas daripada bendungan Cabang Eksekutif Kerajaan.
"Insya-Allah kami berharap agar rang undang-undang ini dapat dibentang pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini dan sesi taklimat pada malam tadi memberi peluang kepada Ahli-Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mendapatkan maklumat awal supaya memberi kerjasama mereka dalam urusan pembentangan, laluan dan bahasan rang undang-undang ini nanti di dalam Dewan masing-masing," katanya.
Pada 29 Ogos lepas, Wan Junaidi berkata pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 kini berada di peringkat kedua bagi proses merangka kertas kerja Kabinet bagi mendapatkan persetujuan untuk Majlis Bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh Pejabat Peguam Negara untuk diedarkan kepada semua kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenalkan bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia dimansuhkan pada 1992.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengasingan kuasa
#Dewan Rakyat
#RUU Perkhidmatan Parlimen 2023
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan