Skip to main content

Malaysia

Pengawal keselamatan cedera dilibas pisau remaja mabuk di Cheras

KUALA LUMPUR, 16 Jan -- Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu ACP Mohd Rosdi Daud ketika hadir pada Majlis Serah Terima Tugas jawatan Ketua Polis Daerah Cheras di IPD Cheras hari ini._BERNAMA
Mohd Rosdi berkata, mangsa berusia 49 tahun diserang selepas menegur suspek yang membuang tin arak merata-rata. - Gambar fail/BERNAMA

CHERAS: Seorang pengawal keselamatan cedera selepas dilibas dengan pisau oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dipercayai mabuk dalam kejadian berhampiran sebuah apartmen servis di Cheras, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa berusia 49 tahun diserang selepas menegur suspek yang membuang tin arak merata-rata.

"Akibatmya, mangsa mengalami luka torehan di bahagian kiri perut.

"Siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku apabila suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran bertindak agresif sebelum menyerang mangsa menggunakan sebilah pisau," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Mohd Rosdi berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di lokasi kejadian pada pukul 10.45 pagi hari sama.

Manurutnya, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Kata beliau ujian saringan air kencing terhadap suspek yang tidak bersekolah itu didapati negatif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

"Suspek direman sehari pada Sabtu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," ujarnya.

Must Watch Video

Advertisement