awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan ditemui lemas di perairan Kampung Semayang

Radhi Muslim
Radhi Muslim
23/12/2021
08:45 MYT
Pengawal keselamatan ditemui lemas di perairan Kampung Semayang
Mayat Muhamad Alisan Muhamat dibawa ke Jeti Maritim Malaysia, Sandakan untuk pengecaman sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
SANDAKAN: Seorang pengawal keselamatan ditemui lemas dalam satu kejadian di perairan Kampung Semayang, dekat sini, pagi Khamis.
Dalam kejadian sekitar pukul 9.35 pagi itu, mangsa Muhamad Alisan Muhamat, 31, ditemui terapung di perairan terbabit.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, lelaki berkenaan dilaporkan keluar seorang diri menaiki bot pam untuk menangkap ikan pukul 4 pagi pada Rabu, berhampiran dengan Pulau Bai di sini.
Menurutnya, sekitar pukul 10.45 malam hari yang sama, isteri mangsa membuat laporan polis dan memaklumkan bot disyaki milik mangsa ditemui tersangkut pada kayu bakau dalam keadaan enjin yang masih hidup oleh penduduk Kampung Semayang.
“Sejurus kejadian, Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).
“Selepas pencarian dijalankan, mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang bersama membuat pencarian pada pukul 9.35 pagi hari Khamis. Mayat mangsa ditemui kira-kira 200 meter di bahagian barat Kampung Semayang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Zainudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Jeti Maritim Malaysia, Sandakan untuk pengecaman sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
“Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa memeriksa laporan kaji cuaca dan membekalkan peralatan keselamatan yang mencukupi sebelum turun ke laut.
“Sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut boleh dibuat terus dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089- 229504 atau talian MERS 999,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#lemas
#Kampung Semayang
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan