awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan, juruteknik didakwa terlibat Daish

Bernama
Bernama
26/03/2018
08:44 MYT
Pengawal keselamatan, juruteknik didakwa terlibat Daish
Mohd Zaki didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memiliki video-video yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daish dalam sebuah telefon bimbit dan sebuah tablet miliknya pada 27 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
Seorang juruteknik dan dua pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan terlibat dengan kegiatan militan Daish antara Disember tahun lepas dan Februari tahun ini.
Tertuduh, Mohd Zaki Ibrahim, 49, yang bertugas sebagai juruteknik, didakwa memiliki video-video yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daish dalam sebuah telefon bimbit jenis Samsung SM-G900F dan sebuah tablet Samsung SM-T535 miliknya pada 27 Feb 2018.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik pegawai Tenaga Nasional Berhad, Pencawang TNB PPU, Jalan Permas 3/ 4 Bandar Baru Permas, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari.
Bagi pertuduhan itu, Mohd Zaki didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (KK) (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 130JB (1) kanun sama iaitu penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.
Dua pengawal keselamatan iaitu Nik Muhamad Zaini Nik Hassan, 37, dan Ismadi Md Nor @ Ismail, 30, didakwa secara bersama terlibat dalam persediaan untuk menyerang sebuah bangunan beralamat di Nombor 1, Jalan Abu Bakar di sini.
Perbuatan itu dilakukan di Seri Tomyam, Majidee Corner, Jalan Kemboja, Kampung Dato Sulaiman Menteri pada 11 Dis 2017 sehingga 31 Jan lepas.
Berikutan itu,kedua-duanya melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 130JD(1) KK (Akta 574) yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan juga dikenakan denda.
Kesemua pertuduhan difahami ketiga-tiga tertuduh ketika dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Ketiga-tiga tertuduh juga tidak dibenarkan jaminan kerana melibatkan kesalahan keselamatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Kamarudin menetapkan 26 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik dan juga laporan pakar keganasan daripada pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daish
#juruteknik
#Kanun Keseksaan
#keganasan
#keselamatan
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan