awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan kedai emas terlepas tembakan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2023
10:25 MYT
Pengawal keselamatan kedai emas terlepas tembakan
Satu hantaran di media sosial telah dimuat naik seorang pengguna memaparkan beberapa buah kereta peronda polis berada di lokasi kejadian, menarik perhatian ramai. - Gambar/ Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan terlepas tembakan ketika mengendalikan 'pump gun' di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di sini kira-kira jam 9 pagi pada Khamis.
Sumber memaklumkan, senjata tersebut mengalami sedikit kerosakan di bahagian picu ketika dikendalikan lelaki terbabit.
Bagaimanapun, katanya, tembakan itu kemudian tersasar ke bahagian bawah sehingga menjejaskan sedikit bahagian lantai di kedai tersebut.
"Ketika kejadian, pengawal keselamatan bersama kakitangan sedang membuat persediaan nak buka kedai, namun secara tiba-tiba terlepas satu das tembakan yang tersasar dipercayai akibat kerosakan di bahagian picu.
"Namun, tiada sebarang kecederaan mahupun kejadian lebih buruk berlaku, hanya sedikit sahaja bahagian lantai terjejas," katanya.
Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan siasatan telah dijalankan di lokasi kejadian.
"Kita minta semua pihak bertenang dan beri laluan pihak berkuasa jalankan siasatan terlebih dahulu serta tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.
Sebelum ini, satu hantaran di media sosial Facebook telah dimuat naik seorang pengguna memaparkan beberapa buah kereta peronda polis berada di lokasi kejadian, menarik perhatian ramai.
Media dalam masa sama sedang menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#terlepas tembakan
#Sungai Petani
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan