Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan tingkatan lima di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, bulan lalu.
Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 20, didakwa membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, di dalam rumah blok 5-1-18 Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar antara jam 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Oktober lepas.
Tarmizi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh yang tidak diwakili peguam, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.
Mayat Intan Suraya, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dengan kesan kelar di leher dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada jam 7.30 malam.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan tertuduh yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Bayan Lepas,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek mengakui kepada polis yang dia telah merogol sebelum membunuh mangsa akibat cemburu.
Mangsa sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin lalu.
Astro Awani
Fri Nov 06 2015
Suspek yang membunuh Intan Suraya Mawardi (gambar) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa minta tolong, tak tahan sakit dipukul - Saksi
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu mahkamah mangsa yang ditemukan mati di kolej itu, ada meminta tolong kerana kesakitan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripada seorang sebabkan kecederaan - Saksi
Ia mungkin dilakukan oleh dua, tiga, empat, 10 atau lebih individu.
Lima video kemalangan ditayang di mahkamah dalam kes DSP didakwa bunuh pelajar
Rakaman itu antaranya memaparkan sebuah kereta putih yang dipandu laju telah melanggar motosikal ditunggang seorang individu yang kemudian terjatuh di atas jalan raya.
Mahkamah tetap 1 Ogos permohonan jaminan kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim mengarahkan kedua-dua pihak pendakwa raya dan peguam bela untuk memfailkan hujahan bertulis dan hujahan balas masing-masing.
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Pegawai polis didakwa bunuh pelajar, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Tiada tarikh yang ditetapkan untuk kes tersebut disebut semula di Mahkamah Tinggi.
Bunuh rakan, bekas pelajar Tingkatan Enam dihukum penjara 30 tahun
Seorang bekas pelajar Tingkatan Enam dijatuhi hukuman 30 tahun penjara selepas mengaku bersalah membunuh seorang rakannya.
Pengawal keselamatan kes bunuh pelajar didakwa di mahkamah
Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 20, didakwa membunuh mangsa di Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar antara jam 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Oktober lalu.