awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan maut dilanggar kereta di Sungai Petani

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/11/2022
03:49 MYT
Pengawal keselamatan maut dilanggar kereta di Sungai Petani
Motosikal yang ditunggangi mangsa bergesel dengan sebuah lagi motosikal ketika cuba memotong, mengakibatkannya hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan dan dilanggar kereta. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal dengan sebuah kereta Jalan Teloi - Bukit Selambau, dekat sini, malam tadi.
Mangsa yang berusia 27 tahun maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Teloi ke Bukit Selambau.
Katanya, motosikal yang ditunggangi mangsa bergesel dengan sebuah lagi motosikal ketika cuba memotong, mengakibatkannya hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, maut di tempat kejadian.
"Manakala penunggang sebuah lagi motosikal tebabas di sebelah kiri jalan dan tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu kereta turut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zaidy, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan maut
#kemalangan maut
#Sungai Petani
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan