awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah membunuh

Bernama
Bernama
12/02/2023
04:46 MYT
Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah membunuh
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan dan menyebabkan kematian Mohd Syhakahalaf Akram. - Gambar hisan
KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan dan pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, bulan lepas.
Mohamad Sabri Yusoff, 33, dan remaja berusia 17 tahun berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan dan menyebabkan kematian Mohd Syhakahalaf Akram Mohd Zakuwan, 28, di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini sekitar pukul 6.55 petang, 29 Jan lepas.
Mohamad Sabri didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara pelajar tahfiz yang didakwa bersama-sama Mohamad Sabri melakukan perbuatan itu boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Mohamad Sabri diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin manakala pelajar tahfiz tersebut diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Erdabayu Subhan dan peguam Zamri Mat Nawang mewakili kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#pelajar tahfiz
#mahkamah
#dakwaan membunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan