awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan wanita ditahan bakar al-Quran

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/12/2022
08:55 MYT
Pengawal keselamatan wanita ditahan bakar al-Quran
Noor Dellhan berkata, pihaknya menahan suspek berusia 32 tahun itu kira-kira pukul 2 petang di tempat kejadian selepas menerima laporan. - Foto fail
DANG WANGI: Polis menahan seorang pengawal keselamatan wanita kerana dipercayai membakar dua naskah al-Quran di laluan tangga, tempat letak kereta sebuah premis di Jalan Ampang di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menahan suspek berusia 32 tahun itu kira-kira pukul 2 petang di tempat kejadian selepas menerima laporan.
Menurut beliau, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.
"Motif belum jelas namun berdasarkan hasil soal siasat awal, suspek menghadapi tekanan perasaan susulan masalah keluarga," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dellhan memberitahu, pemeriksaan air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol serta tiada rekod masalah kesihatan mental.
Katanya, siasatan ke atas wanita itu dibuat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia juga disiasat mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri.
Katanya, wanita itu kini ditahan reman empat hari sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Noor Dellhan Yahaya
#bakar al-Quran
#Ampang
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan