awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengebom Jakarta buat panggilan ke Malaysia - PDRM

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
26/01/2016
08:12 MYT
Pengebom Jakarta buat panggilan ke Malaysia - PDRM
Lapan orang - lima pengganas dan tiga orang awam - disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak dan serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin. - Gambar Fail
Siasatan awal mendapati ada satu panggilan dari pengebom di Jakarta ke nombor telefon di Malaysia.
Bagaimanapun Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, butiran lanjut tidak boleh didedahkan kerana ia masih dalam siasatan.
"Saya hanya boleh memaklumkan butiran ini berdasarkan siasatan yang dibuat oleh agensi keselamatan di Indonesia bahawa ada satu panggilan dibuat oleh penyerang ke nombor di Malaysia.
"Kami masih menyiasat perkara ini ketika ini," kata Mohamad Fuzi.
Ditanya jika perkara tersebut menunjukkan kemungkinan wujudnya kaitan antara jaringan pengganas di kedua-dua negara ini, Mohamad Fuzi berkata beliau tidak dapat memberi kepastian buat masa ini.
"Penyiasatan kami memang mengambil kira perkara ini juga," jelasnya ketika ditemui selepas menghadiri sesi plenari pertama hari kedua Persidangan Antarabangsa mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan di Hotel Grand Hyatt di sini, hari ini.
BACA: Serangan di Jakarta: Polis siarkan nama mereka yang maut dalam serangan bom
VIDEO: Ahmad Dhani komen insiden pengeboman di Jakarta
BACA: Korban meningkat 8 orang, pengganas disahkan hanya empat orang
Beliau bagaimanapun, memberi jaminan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden pengeboman di Jakarta.
"Ini saya boleh pastikan. Memang tiada rakyat Malaysia terlibat," katanya.
Lapan orang - lima pengganas dan tiga orang awam - disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak dan serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta dalam insiden 14 Januari lalu itu.
Topic Berkaitan
#bom
#Jakarta
#Jalan M.H. Thamrin
#Mohamad Fuzi Harun
#PDRM
#serangan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan