awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian diminta PPBM bertentangan dengan akta pertubuhan - ROS

Bernama
Bernama
25/11/2017
15:09 MYT
Pengecualian diminta PPBM bertentangan dengan akta pertubuhan - ROS
SURAYATI berkata cadangan pengecualian PPBM disifatkan tidak pernah berlaku seumpamanya dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.
Cadangan pengecualian yang dipohon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini disifatkan tidak pernah berlaku seumpamanya dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.
Menegaskan demikian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Surayati Ibrahim berkata disebabkan itu, pihaknya perlu merujuk kepada Penasihat Undang-Undang.
Beliau mengesahkan ada menerima surat permohonan dari parti itu Khamis lepas, dan berkata pihaknya mendapati banyak cadangan pengecualian yang dipohon bukan sahaja bertentangan dengan akta tersebut, malah perlembagaan parti itu sendiri.
Justeru itu, ROS memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan dan pengecualian terbabit.
"Ada banyak cadangan yang mereka senaraikan. Walau bagaimanapun, saya sedang meneliti perkara itu dengan pihak penasihat undang-undang (Jabatan Peguam Negara).
"Ada cadangan-cadangan yang diinginkan oleh pihak parti itu, saya tidak pasti, sama ada Akta Pertubuhan 1966 memberi kuasa kepada ROS untuk membuat pengecualian-pengecualian yang diminta," katanya.
Surayati bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Persatuan Penduduk Johor yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini.
Ditanya apakah pengecualian-pengecualian itu, beliau enggan mengulas lanjut namun menjelaskan ia membabitkan isu bagaimana hendak melaksanakan mesyuarat agung tahunan dengan beberapa pengecualian dan bagaimana hendak meminda perlembagaan dengan pengecualian.
"Jadi saya tidak pasti sama ada pihak ROS atau jabatan boleh memberikan pengecualian yang dimaksudkan oleh parti berkenaan. Ini kerana PPBM mahu meminta perkara yang terdapat di dalam perlembagaan diluluskan untuk dikecualikan," katanya.
PPBM kini berdepan dengan kemungkinan dibubarkan pendaftarannya oleh ROS sekiranya masih gagal menyelesaikan masalah dalamannya dan mengadakan AGM yang sudah melepasi tempoh sepatutnya pada September lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#Mesyuarat Agung Tahunan
#Peguam Negara
#pengecualian
#PPBM
#ros
#Surayati Ibrahim
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan