awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan - Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/11/2023
05:30 MYT
Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan - Anwar
Anwar berkata agensi keselamatan telah diminta untuk memperkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa tidak menjejaskan keselamatan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara sentiasa diutamakan dan tidak diabaikan susulan pengecualian visa kepada beberapa negara termasuk China dan India yang bermula 1 Disember ini.
Memberitahu Dewan Negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agensi keselamatan diminta untuk memperkuatkan tapisan di pintu-pintu masuk negara.
"Ada ahli-ahli yang berhormat yang mungkin gusar kerana isu keselamatan dibangktikan (pengecualian visa).
"Maka agensi keselamatan telah diminta perkuatkan penapisan aspek keselamatan supaya kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan negara," katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar (PH-Tambun) berkata langkah kerajaan memberikan pengecualian visa antaranya bagi merancakkan semula ekonomi dan pelancongan negara.
Terdahulu, Anwar memaklumkan kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini dalam semangat 'strategic partnership' hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun, tahun depan.
Anwar menjelaskan, ia adalah tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari Negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pengecualian visa
#China
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan