awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengedar dadah ditahan di Bali, meth dan ekstasi dirampas

Bernama
Bernama
04/12/2022
01:40 MYT
Pengedar dadah ditahan di Bali, meth dan ekstasi dirampas
Pegawai Polis Bali menahan seorang pengedar dadah yang menerima sejumlah besar narkotik untuk diedar dan dijual semasa cuti akhir tahun.- Twitter @bernamadotcom
JAKARTA: Pegawai Polis Bali menahan seorang pengedar dadah yang menerima sejumlah besar narkotik untuk diedar dan dijual semasa cuti akhir tahun.
Andi Prayitno, 40, didapati memiliki satu kilogram methamphetamine dan 2,000 pil ekstasi pada Jumaat selepas beberapa minggu di bawah pengawasan, lapor portal berita tempatan The Bali Sun.
"Pihak berkuasa mengetahui suspek akan mengambil barang yang disimpan di sebuah hotel di Legian.
"Selepas mengambil barang yang disimpan di lobi hotel, polis melakukan serbuan," kata ketua pesuruhjaya polis Denpasar, Bambang Yugo Pamungkas.
Beliau berkata kejayaan membongkar kes ini bersamaan dengan menyelamatkan 5,000 nyawa daripada mengambil dadah terlarang.
Pengedar dadah itu kini berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.
"Suspek sudah lama terlibat. Ini kali pertama dia ditahan," kata Unit Narkotik Polis Denpasar, Asisten Komisioner Mirza.
Beliau berkata tumpuan siasatan kini untuk mengenal pasti dari mana dadah itu dibawa masuk ke Bali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Andi Prayitno
#Polis Bali
#methamphetamine
#ekstasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan