KOTA BHARU: Polis menahan dua suspek bersama dadah jenis ganja seberat 74 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM229,400 di Kuala Krai, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Kamarulzaman Harun berkata lelaki dan wanita berumur lingkungan 25 hingga 39 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta yang datang dari arah Kota Bharu menuju Gua Musang.
Beliau berkata terdahulu, anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai telah mengesan kereta Proton Wira dinaiki tiga individu dalam keadaan mencurigakan di Telekong kira-kira 11.35 pagi.
"Ketika pemeriksaan hendak dijalankan, suspek telah bertindak memecut untuk melarikan diri sebelum berjaya ditahan di tepi jalan di Bukit Sireh. Seorang suspek lelaki dan wanita berjaya ditahan, namun suspek ketiga seorang lelaki meloloskan diri ke arah semak berdekatan.
"Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu menemukan lima kotak yang di dalamnya mengandungi bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 74 kg yang dianggarkan bernilai RM229,400," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Kamarulzaman berkata suspek yang berjaya melarikan diri merupakan suami kepada wanita yang ditahan itu.
"Hasil soal siasat awal terhadap kedua-dua suspek, mereka mengaku bekerjasama menghantar bekalan dadah terbabit.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan suspek perempuan negatif dadah," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis depan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Pihak Polis IPD Kuala Krai memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil menyalurkan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai melalui talian 09-9666222," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Anggota Cawangan MPV IPD Kuala Krai mengesan kereta dinaiki semua suspek dalam keadaan mencurigakan di Telekong sebelum mengarahkan mereka berhenti. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.