KUALA LUMPUR: Pengekalan kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia untuk Tempoh Regulatori Ketiga (RP3) dapat membantu rakyat menampung kos sara hidup yang tinggi berikutan impak pandemik dan bencana banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Saravanan Thambirajah berkata walaupun berlaku peningkatan kos bahan api ekoran kenaikan harga arang batu di pasaran sehingga mencecah AS$200 satu tan, kerajaan melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) akan menampung kos bahan api untuk tempoh Februari 2022 hingga Jun 2022.
Beliau berkata dengan subsidi ini, pengguna tidak perlu membayar kos yang tinggi untuk penggunaan tenaga elektrik.
"Kerajaan telah bersetuju untuk pemberian rebat dua sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Kerajaan memperuntukkan dana KWIE sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos tersebut," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kerajaan juga mengumumkan pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri, akan dikenakan surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj.
Ini kemungkinan menjadi sebab kos operasi mereka meningkat dan akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam tempoh terdekat, katanya.
"FOMCA menyarankan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya membuat pemantauan dan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dan tidak mencatut.
"Ini amat penting kerana harga barang dan perkhidmatan menunjukkan trend meningkat dan akan menjejaskan kuasa beli pengguna terutama golongan B50," katanya.
BACA: Harga tarif elektrik kekal bagi pengguna domestik di Semenanjung - Suruhanjaya Tenaga
Saravanan berkata kerajaan juga perlu meneruskan bantuan kepada golongan tersebut agar mereka terus dilindungi dan dibantu untuk menangani kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.
"Kerajaan juga perlu membantu perniagaan dan industri yang terkesan melalui inisiatif yang dapat membantu mengurangkan kos operasi agar mereka dapat menanggung kos ini tanpa menjejaskan operasi mereka," katanya.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesa pengguna mengambil langkah bijak bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun kerajaan telah mengumumkan subsidi.
Ketua Aktivis, Nadzim Johan berkata bagaimanapun, persatuan itu menjangkakan harga barangan tetap meningkat kerana bermula 1 Feb, 2022, kadar surcaj sebanyak 3.7 sen per KWj akan dikenakan kepada pihak industri dan komersial.
PPIM juga bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga dan mana-mana pihak berkaitan untuk memulakan kempen penjimatan tenaga agar kesedaran mengenai tanggungjawab ini dapat diperluas, katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022
Pengguna digesa mengambil langkah bijak bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun kerajaan telah mengumumkan subsidi. - Gambar hiasan/www.tnb.com.my
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International
Presiden FOMCA Datuk N. Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International bagi penggal kedua.
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna | Dagang News
Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.
Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna
COVID-19 telah mewujudkan perubahan kepada trend pengguna apabila pengguna mula membawa bekas sendiri untuk tapau makanan.
Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing
Kesan penggunaan plastik akan dirasai apabila masyarakat tidak bertanggungjawab secara berterusan membuang plastik secara tidak terurus.
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai?
Undang-undang terhadap perosak alam sudah ada, namun memadaikah usaha mengenakan hukuman denda kepada pelaku?
FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember
FOMCA meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember 2020.
Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kebimbangan FOMCA.