KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia susut 11.8 peratus kepada 28,048 tan pada November 2022 daripada 31,795 tan yang direkodkan bagi Oktober 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, November 2022, DOSM menjelaskan perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan 8.0 peratus daripada 30,493 tan yang dicatatkan pada November 2021.
Perangkaan itu memaparkan statistik pengeluaran, import, eksport, penggunaan domestik, stok, harga, bilangan pekerja, gaji dan upah serta produktiviti bagi estet getah.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pengeluaran getah asli bagi November 2022 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 87.2 peratus manakala sektor estet pula sebanyak 12.8 peratus.
"Jumlah stok getah asli pada November 2022 turun 1.4 peratus kepada 195,353 tan daripada 198,181 tan pada Oktober 2022. Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 90.4 peratus diikuti kilang pengguna getah sebanyak 9.5 peratus dan estet getah pada 0.1 peratus," katanya.
Menurut DOSM, eksport getah asli Malaysia meningkat 23.0 peratus kepada 51,104 tan pada November 2022 daripada 41,548 tan pada Oktober 2022.
China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli dengan jumlah 54.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada November 2022 diikuti Amerika Syarikat (3.6 peratus), Jerman (2.8 peratus), Turkiye (2.2 peratus) dan Brazil (1.8 peratus), tambah jabatan itu.
Mohd Uzir berkata prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
"Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.10 bilion pada November 2022, turun 5.0 peratus daripada RM1.13 bilion yang dicatatkan bagi Oktober 2022," katanya.
DOSM memaklumkan analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan peningkatan iaitu 1.3 peratus kepada 472.58 sen sekilogram bagi November 2022 daripada 466.42 sen sekilogram bagi Oktober 2022.
Harga sekerap pula susut 5.9 peratus kepada 443.36 sen sekilogram bagi November 2022 daripada 471.29 sen sekilogram yang dicatatkan Oktober 2022.
DOSM menambah, harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula adalah dalam keadaan bercampur-campur iaitu turun 3.8 peratus serta meningkat 1.3 peratus.
Data Harga Komoditi Bank Dunia melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) masing-masing susut 1.4 peratus (daripada US$1.29 sekilogram kepada US$1.27 sekilogram) serta kurang 4.3 peratus (daripada US$1.50 sekilogram kepada US$1.43 sekilogram).
Menurut DOSM berdasarkan laporan analisis arah aliran pasaran getah asli yang diterbitkan oleh Konsortium Getah Antarabangsa (IRCo) pada 14 Dis, 2022 menyatakan pengeluaran mungkin tidak meningkat "pada skala besar" dalam beberapa bulan akan datang di tiga negara pengeluar utama Thailand, Indonesia dan Malaysia.
"Ini disebabkan terutama oleh penyebaran penyakit daun, keadaan cuaca yang tidak menentu, peningkatan suhu iklim serta input baja yang rendah disebabkan oleh kos yang tinggi.
"Situasi kemarau di rantau ini dan keengganan untuk meneruskan aktiviti penorehan kerana harga getah asli yang rendah memberi kesan kepada pengeluaran," tambahnya.
Jabatan itu menjelaskan menurut IRCo lagi, berkemungkinan perkara ini akan berlaku di Indonesia dan Malaysia, yang menjejaskan keseluruhan pengeluaran getah asli di rantau ini sebanyak kira-kira 10 peratus pada separuh pertama 2023.
IRCo terus mengunjurkan peningkatan dalam ekonomi global dan keredaan peningkatan perang Rusia-Ukraine dalam tempoh 12 bulan akan datang, tambah DOSM.
DOSM memaklumkan, memetik statistik terkini daripada Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC), laporan itu menjangkakan pengeluaran pada tahun 2022 mencecah 14.343 juta tan.
"Penggunaan yang akan berlaku dijangka pada 14.805 juta tan, pasaran global ditetapkan untuk (mencatatkan) defisit 462,000 tan bagi tahun lepas. Tambahan pula, pengeluaran getah asli di Thailand dijangka lebih rendah semasa musim sejuk pada April, Mei dan Jun 2023," tambah jabatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Menurut Uzir, prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.- Fail/Astro AWANI

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Paip pecah siap dibaiki, bekalan air pulih sepenuhnya 6 pagi Ahad
Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2 telah siap dilaksanakan pada jam 6 pagi, pada Sabtu.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Pengeluaran getah asli Malaysia susut 11.8 peratus kepada 28,048 tan bagi November 2022
Pengeluaran getah asli Malaysia susut 11.8 peratus kepada 28,048 tan pada November 2022 daripada 31,795 tan yang direkodkan bagi Oktober 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran getah asli Malaysia turun 3.8 peratus pada Ogos - Perangkaan
Bagi tahun ke tahun, pengeluaran getah asli merosot sebanyak 15.2 peratus berbanding 42,942 tan pada Ogos tahun lepas.

Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 48.9 peratus pada jun 2022 - Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 48.9 peratus kepada 31,369 tan pada Jun 2022 daripada 21,073 tan yang dicatatkan pada Mei 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pengeluaran getah asli Malaysia menyusut 6.3 peratus pada Mei 2022 - DOSM
Perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan 25.2 peratus berbanding dengan 28,164 tan yang direkodkan pada Mei 2021.

Pengeluaran getah asli susut 39% pada Februari
Perbandingan tahunan turut menunjukkan penurunan 40% daripada 49,840 tan pada Februari 2021.

Agong lawat TARCC di UK
Al-Sultan Abdullah menerima persembahan taklimat mengenai program pembangunan dan penyelidikan getah asli yang dijalankan di TARRC.

Eksport Mei meningkat namun Malaysia kekal dalam risiko menurun
Walaupun momentum pertumbuhan eksport yang dicatatkan oleh Malaysia pada Mei, risiko penurunan masih kekal, menurut Affin Hwang Capital.

Thailand, Indonesia, Malaysia tangguh eksport getah asli sehingga Mac 2018
Ketiga-tiga negara juga akan bekerjasama untuk mempertingkatkan penggunaan getah asli di peringkat domestik.

Uggah ketuai misi ke mesyuarat ITRC di Jakarta
ITRC bermatlamat menggalakkan kerjasama dalam kalangan negara pengeluar utama getah asli selain memastikan kestabilan harga komoditi berkenaan.