awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari jalan lain lebih sesuai - PM Anwar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
09/02/2023
04:41 MYT
Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari jalan lain lebih sesuai - PM Anwar
Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA
KUALA SELANGOR: Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, simpanan KWSP itu adalah perkara yang penting bagi mengelakkan rakyat ditimpa kesusahan apabila tiba masa bersara kelak.
“KWSP kita telah jelaskan… dulu kita minta dikeluarkan banyak. Jadi yang tinggal RM10,000 atau RM5,000, yang nak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita.
“Kalau nak keluar RM5,000 (contohnya) pencen empat tahun lagi apa nak jadi? Jadi saya ingat liputan itu mesti adil supaya kita tahu bahawa kalau ikut wang dia, biar dia keluarlah. Tapi kalau wang dia RM5,000 dia keluar RM3,000, pencen lima tahun lagi, anak beranak lagi macam mana? Itu kena fikir.
“Jadi kita sedang cari jalan macam mana nak kurangkan beban dia tanpa menimbulkan beban masa dia bersara nanti,” katanya kepada media selepas menyampaikan Syarahan Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di UNISEL Bestari Jaya di sini pada Khamis.
Pada 16 Januari lalu, Perdana Menteri berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah lain selain daripada pengeluaran KWSP bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Ini \kerana, jelas Anwar, sebilangan pencarum KWSP memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil dan akan menjejaskan keperluan mereka selepas bersara kelak.
Kerajaan menerima desakan agar memberikan pertimbangan agar pencarum dibenarkan memohon satu lagi skim pengeluaran sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 daripada KWSP secara ‘on-off’.
Memorandum memohon pengeluaran itu diserahkan oleh Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat), Khairul Anuar Othman kepada Perdana Menteri,
Sebelum ini, Pemuda UMNO juga memohon kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar bagi membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.
Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menyampaikan permintaan itu kepada Anwar semasa pemimpin itu hadir mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Sementara itu, mengulas pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini, Perdana Menteri berkata, belanjawan itu akan memberi keutamaan kepada usaha menangani defisit, digital, sekuriti makanan dan untuk keselesaan rakyat terutama isu kos sara hidup.
“Yang lain saya akan umum masa Belanjawan nanti,” tambah Anwar.
Topic Berkaitan
#pengeluaran KWSP
#tiada lagi pengeluaran
#KWSP
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan