KUALA LUMPUR: Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dilaksanakan dengan tujuan mempercepatkan tindakan yang perlu diambil agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.
Beliau berkata, berdasarkan pelan berkenaan, antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.
"Selain itu, semua aktiviti di luar bilik darjah dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100. Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200. Bagi tujuan ini, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU.
"Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan. Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam," katanya dalam kenyatan, pada Isnin.
Dalam kenyataan sama, Wan Abdul Latiff berkata, setakat 6 petang semalam, IPU menunjukkan satu kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 56 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.
"Sebelas stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat (101 hingga 200) hari ini iaitu Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya; Petaling Jaya, Johan Setia, Shah Alam, Klang dan Banting, Selangor; Seremban, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat akan diaktifkan oleh Nadma apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam. - Gambar fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.

Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
Niaga Spotlight: Sarawak's 2024 State Budget
Sarawak's Legislative Assembly unanimously approves the RM12.4 billion 2024 State Budget, emphasizing digitalization for double-digit growth by 2030. The budget allocates funds for development, explores sustainable initiatives, and addresses gender disparities, reflecting a holistic approach to economic and social progress.Full discussion with Datuk Dr Madeline Berma,
Economic Analyst.
Economic Analyst.

Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini.

Mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 1,495 orang daripada 502 keluarga setakat 9 pagi ini.
Niaga AWANI: KUSKOP: Memperkukuh ekosistem keusahawanan negara
Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP, Wan Ahmad Hilman Wan Adam berkongsi tarikan menarik yang ada di reruai KUSKOP serta bagaimana usahawan dapat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiaitf yang dilaksana.

Zambry mahu terus "merakyatkan" Wisma Putra, polisi luar negara
Menteri Luar menyasarkan untuk terus "merakyatkan" Wisma Putra dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global.
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.

Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang di Cheras
Muhammad Daniel Akmal Zulkhair kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari Khamis.
AWANI Ringkas: Mangsa berkurangan ke 1,495 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

KKM saran aktiviti keramaian, sukan ditangguhkan jika IPU lebih 100
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan semua aktiviti keramaian atau sukan di luar bangunan ditangguhkan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Selangor berada di peringkat amaran awal berkaitan jerebu
Selangor berada pada peringkat amaran awal berkaitan jerebu dengan semua jenis pembakaran terbuka dilarang sama sekali.